Rabu, 09 Mei 2012

Titipan Teruntuk Adam



Assalamu'allaikum' Warahmatullahi 'Wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrohim.
ADAM... Kau tercipta untukku, Janganlah kau sakiti akan diriku, Belailah aku dengan sikap kesabaranmu. ADAM... Kau tercipta untukku, Sayangilah aku, Bimbinglah aku, Aku w...anita lemah ingin seorang pembimbing akan diriku. ADAM... Kau tercipta untukku, Jika suatu hari nanti takdir menentu, Kita akan bersatu menuju ke jalan lurus yang satu dengan akad nikah yang jitu. ADAM.. Jika suatu hari ajal maut menunggumu, Ku redha dengan ketentuan itu, Ku pasti ada hikmah disebalik ujian yang berlaku, Kerana diriku sudah dibimbing oleh dirimu. ADAM... Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang soleh buat ibu bapamu serta saudara2mu, Andai engkau sudah beristeri, jadilah suami yang meringankan beban isterimu, Andai engkau sudah menjadi bapa, didiklah isteri dan anak2mu sehingga mereka tidak gentar menjalani kehidupan mengikut agama Allah. ADAM... Andai engkau belum menikah, hormatilah wanita-wanita yang engkau kenali, Ingatlah engkau juga dilahirkan oleh insan yang bergelar wanita, Ingatlah Adam bahawa lelaki yang baik adalah pelindung kaum wanita, Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan perempuan yang bukan muhrim, kerana dikhuatiri dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman serta tercetusnya salam, dan sekaligus disusuli pertemuan seterusnya, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. ADAM... Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang baik bersedia membimbing sesiapa sahaja atas agamaNya, Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya, Kerana dia tahu matlamat dalam kehidupan adalah mengukuhkan ikatan tali persaudaraan. OLEH ITU ADAM... Jagalah pandanganmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu, Malulah kamu jika bergelar lelaki tapi berakhlak sebaliknya, Cintailah Allah dikala susah dan senang, kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperoleh keredhaan Allah, Cintailah keluargamu kerana kau takkan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga, Cintailah sesama manusia kerana itulah jalan agamaNya. ADAM... Mengertilah.. Hawa bukan insan yang kuat, bukan juga insan yang bisa menahan nafsu..tatkala diri dipuji, Hawa sering tewas, tewas dengan godaan syaitan dan nafsu sendiri, ADAM.. Mengertilah.. Sungguh, Hawa telah coba melakukan yang terbaik, agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia, telah Hawa coba menjaga diri ini sebaik-baiknya, Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj, perfume, make up, perhiasan, telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya, namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa yang serba kekurangan ini. ADAM... Mengertilah.. Hawa ini berjiwa lembut, sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta, Hawa tahu permintaan Adam tak mungkin membawa ke kancah maksiat, namun, Hawa lemah..Hawa takut zina hati. ADAM... Mengertilah.. Setiap kali SMS diterima, Hawa keliru... Ingin sekali Hawa membiarkan sahaja, tapi Hawa akur tuntutan sahabat, Hawa tewas..Hawa reply juga, mengenangkan Adam adalah sahabat, setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu, mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan buat Adam, memudahkan perjalanan hidup Adam, jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan. ADAM... Mengertilah.. Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa, cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa, jangan dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan, kerana Hawa milik Allah sepenuhnya. ADAM...mengertilah.. ADAM... Ketahuilah... Kerana aku wanita pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku, kerana aku wanita ingin disayangi itu fitrah diriku, kerana aku wanita mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki, kerana aku wanita emosi ku selalu mengatasi logik akalku, kerana aku wanita air mata teman setiaku, kerana aku wanita sensitiviti ku terhadap sesuatu amat tinggi. OLEH ITU ADAM... Kerana aku wanita aku damba pertolongan darimu Adam, peliharalah bicaramu denganku jangan bermain kata denganku takut rosak hatiku, kerana aku wanita akhlakmu ukuran di mataku peliharalah akhlakmu dan imanmu, jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rusak thiqohku, kerana aku wanita maka peliharalah susunan kata-katamu, kerana aku mudah terasa namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar, kerana aku wanita peliharalah dirimu dari mencemuhku saat titisan jernih mengalir dari mataku kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali, kerana aku wanita aku memang sangat peka maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya. WAHAI ADAM... Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool' hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami andai kau kata 'usha' itu tanda kejantanan darjatmu telah jatuh pada pandangan kami jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.  

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata.Ilmu adalah amanat Allah yg harus disampaikan kepada Ummah...kami hanya menyampaikan apa yg kami miliki..

http://www.facebook.com/pages/Ijinkan-Ku-Pinang-Engkau-Dengan-Bismillah/358484367543257

❀Jazaakumullaahu Khairran wa Barakallahu Fiikum❀ ¸

ِ ❀SaLaM SantuN Erat SiLatuRahmi dan UkhuWaH FillaH❀

Tidak ada komentar:

Posting Komentar